Total Pageviews

Tuesday 24 January 2012

Kenapa aku beragama islam???

kenapa aku beragama islam? soalan ini yang di tanya oleh seorang rakan sekuliahku yang berbangsa cina-hokkien. dia seorang yang bebas. yang katanya tidak pernah pecaya akan mana-mana tuhan dalam muka bumi ini. aneh nya ketika itu, soalan itu tidak mampu untuk aku menjawab dengan sebenar-benar jawapan. KENAPA AKU BERAGAMA ISLAM. 
  sejenak di buai kalam Allah yang makin menerpa minda, terbuka pula hijab-hijab yang membuktikan kebesaran Allah, dan kini aku berhijrah ke satu sumber zat yang asli yang mana aku bisa kembali kepada rakan ku itu dan menjawab persoalannya... kenapa aku beragama islam.
  degan megah aku memberi jawapan yang mana aku beragama islam kerana aku yakin bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati. aetiap yang kembang itu pasti akan layu, setiap yang banyak itu pasti akan sedikit.....dan setiap permulaan itu pasti ada akhirnya.
  rakan ku tersenyum, lalu bertanya...kenapa Allah yang kau pilih??? jawab ku, kerna hanya Allah tuhan ku, pencipta ku yang membuatkan aku menjaga batas ku, yang memelihara martabatku, yang menempatkan haq pada ku. dan keyakinan ku yang tak kan pernah goyah hanya kerana cetek nya pemikiran dalam kematangan usia.
  soalan terakhir yang paling aku berbesar hati untuk menjawabnya adalah, buktikan Allah kamu pada aku.... jawab ku... kawan lihat lah dunia. lihat lah langit yang terbentang luas.. lihat lah manusia yang bergerak dengan ragamnya. lihat sekeliling mu. mungkin Allah ku sedang berbicara pada mu. bertapa indahnya Agama ku. tiada siapapun atau apa pun yang mampu mencipta satu pun segi di dunia seperti Allah ku. yang tak pernah penat mengasihi ummat-Nya....
  kini, teman ku itu sudah mula mengkaji Al-Quran....mungkin akan memeluk islam...cuba dia agak takut untuk bersunat....hehehhe....harap Allah membarkahi teman ku itu....selamat ya.....ke jalan yang benar. syurga lah tempat mu ya sahabat....


delima dan kaca

Ya A’limul Ghai’bi Wasshahadah

Benarkah yang ada pada dunia itu sementara? Dan adakah yang memahami dunia yang sementara itu adalah manusia?Hakikat.Berbasi gusi tertawa melihat jeliknya pandangan yang masih berdiri mempertahankan yang zahir dari yang batil.Inilah sandiwara manusia.Hebat.Gah.Sentiasa berputar melalui bicara.Dunia pula kian tua. Kian di mamah usia kelewatan hati manusia yang penuh dengan kepura-puraan. Benar kata yang Maha Esa, mengapa tidak lidah mu yang akan berbicara ketika menghadap-Nya, mengapa tidak bibir yang mengatur tutur kata. Buktinya di sini, di akhir zaman ini yang  sentiasa memikirkan pusing bicara untuk menunjukkan diri bagaikan dewa, mengindahkan diri umpama bidadari dan cairlah nahkoda-nahkoda yang membutakan mata dan tersenyum dan tertawa melihat indahnya pertemuan hawa dan sandiwara. Lupa agaknya, alpa seketika, leka  terbawa pada indahnya kata-kata. Yang Jabbar sudah murka, tak kira siapa ummat-Nya.Terhanyut sudah khalifah yang tercinta.Hanya kerana terfikir sejenak syurga adalah dunia.
Begitu jua hamba. Entah apa nasib diri di akhirat kelak. Terbaik menggunung di jiwa.Tapi dosa lalu tak terkambus jua.Adakah insaf ku diterima?Adakah taubah ku terlaksana sempurna?Masih banyak yang pincang terhadap kalammullah-Mu, kekurangan yang jelas dan nyata pada hamba.Di angkat pula menjadi abdi-Mu hanya kerana niat ku.Tidaklah berbicara seolah-olah diri umpama ahli Firdausi. Tapi jiwa makin meronta hiba, menanti saat akhirnya usia kerana hampanya hati terhadap sandiwara. Makin pudah dek kata-kata yang seolah-olah menghina.
Inilah dunia, tiada yang mampu ada dalam kehidupan yang sebenar.Yang di mahukan adalah kemenangan yang membanggakan diri.Masih mampu untuk tertawa.hebat.tiada nista yang tersimpan di hati dan hanya sobur yang meniti di bibir serta sanubari.jiwa yang hampa terubat dengan rohman dan rohim-Nya.tak terkata Lagi Hamba demi yang Maha Esa.pernah lidah ini terkelu dari berbicara.Malahan dunia di pandang gelap gelita.Tak seindah yang pernah aku jangkakan.Perintah-Mu ku sanjung jua kerana aku sehina hamba.
Terkalam sudah cinta dan air mata.kehancuran dunia makin di pinta.Zuriat yang ada menambah bahagia.Bukan syurga taruhannya. Sungai nill itu makin indah, adakah kan ketahui jua akan penghuninya?  Akan terbongkarkah segala rahsia? Hanya Abdi yang menaruhkan Jannah demi insan tercinta…Ya Robbi, tidak ku pinta segala keburukan dan yaqin ku tiada keburukan dari-MU,kerana dosa sebagai manusia,kerana kefasikan diri seawal usia, telah ku jangkau azab-Mu. Telah ku pinta hukuman –Mu.telah ku petik tamar yang beracun dari bumi-Mu.  Seolah Adam dan Hawa kerana kulbi. Kerana adam, hawa itu berdiri. Kerana hawa, adam itu berlari. Dan kerana keagungan-MU aku di sini. Merentasi dunia kerana cinta ilahi..syukron Ya Robbi.
Kelihatan  aku seperti lutfi yang makin gusar memikirkan kemungkinan yang bakal ku tempuhi. Bisakah terjadi satu saat nanti?Kudrat ku makin lemah.Berjalan hanya pada tapak-tapak kegusaran minda.Ternyata aku lebih pincang soal hati.Lokek minda di tertawa.Nista tak terkunjung antara nyawa.Semakin jauh ku berlari dalam kesenduan berbicara semakin ianya menghimpit aku.Drama kian ke hujung cerita. Sang penglipur lara semakin hiba. Yang utama semakin lelah mengatur bicara.Puisi indah tak kelihatan jua.
Sebiji benih kini menjadi serimbun Qaseh. Sesegar bak rimbun-rimbun dedaunan cinta ilahi, megah berdiri bersama ranting-ranting syifa, di kuatkan  dengan tunjang-tunjang kalamuALLAH. Seru ku….janji ku!!!  Biarku gadaikan nyawa hingga jasad ku rebah menyembah bumi.Jangan di sentuh dengan fahri ku.Jangan di ungkit tentang fahri mu.kerana jodoh ku adalah jodoh ku.
Di pondok kecil, yang hening dan bena.Mengambil puisi-puisi indah yang berhuraian dalam mata majazi.Melihat hati yang sepi melangkah jiwa hakiki.Menyedari kekurangan diri, lalu terpahat pada senyuman erti pengorbanan.Waktu sedu itu seolah-olah tidak mahu berakhir. Dan terus berputar  tanpa hati meminta. Jeritan, laungan, kesakitan hanya terbuku dalam hati.Menanti kehadiran seorang teman yang bakal menghargai setulus hati.Masih diri ini di caci, dihina, di kotak katikkan oleh manusia.Taraf ku berakhir sebagai hamba pada manusia yang memalitkan erti kekecewaan yang sungguh meruntuh hiba.
Cinta?Bicarakan pada dunia tentang cinta.Dan kelip-kelip angkasa terus menyeru bahawa tiada teragung antara yang paling Agung.Dari sesuci benih hinggalah serendang pohon.Tetap di tolak kewujudannya. Walaupun sudah sedia berada di depan mata. Sedangkan pohon itu mengharapkan limpahan rahmat yang bakal menyegarkan tekak yang kehausan.Sayang, janji tinggal janji.Pohon kian merapuhkan ranting, ranting gugur sujud kebumi.Shahadah tidak mampu di ungkapkan kerana belum sempat terucap, ranting yang rapuh itu telah pun di pijak dan menjadi debuan halus yang berterbangan tanpa haluan.
Sayang seribu kali sayang.Tiada beribu sesalan yang terungkap pada bibir.Hanya syukur melihat dunia kian kejam menafsir.Laungan Allah begitu asing di dengar pada si delima.Hanya kaca yang di kenang kerana inginkan bahagia.Delima itu cantik tafsiran hakiki nya.Sayang di buang kerana takbur pada nilainya.Kaca itu di ingat kembali.Alangkah benar delima itu penyeri diri?Sekiranya hati yang sungguh sunyi itu diketepi tanpa dibaca isi nya.
Pincang berbicara soal dunia, pincang juga berbicara soal agama, yang di impikan adalah sekelumit bahagia yang datang menerpa di hujung cahaya. Ada apa pada bahagia sekiranya tiada kata untuk membela. Biarkan neraca itu yang menimbang.Biarkan kata-kata itu bergenag.Biarkan mulut itu terus berbicara.Terdiam, terkaku, menunduk bukanlah erti yang mana kekalahan milik abadi.Biarkan di rasa bagaimana mentari membakar tangan kanan nya, biarkan bulan membutakan pandangannya.Biarkan.Biarkan air mata itu menjadi saksi bahawa diri di lukai.
  Telah terpetik tamar yang beracun, telah tertempah nama di jahannam, telah terbukti kezaliman.  Gah.Indahnya panorama mahsyar.Kuasa dunia lenyap.Hilang bersama hembusan kekhilafan.Duhai permata, adakah kau bernilai disana? Duhai cahaya, adakah kau sahabat di sana? Duhai kekasih kekal kah cinta di sana? Dahaga merentasi kilaunya hamparan syurga. Teruskan alpa kerana membela. Teruskan mencari salah siapa.Teruskan.Kerana adi itu sumber kau mengadu domba.
Terkalam sudah puisi indah yang menerpa minda.Melainkan insaf yang di cari jua.Alagkah megah berdiri tanpa sisa bicara.Alangkah mulia berbicara dengan kalamnya. Tapi lupa agaknya, kerana bibir terbeku,lidah terkelu tanpa dipinta. Hidupku, mati ku hanyalah ketentuan Ilahi.jahil lah kamu kerana mendoakan kematian yang kau tidak ketahui pangkal dan hujung nya.
Pangkal iman adalah ikhlas, dalam ikhlas itu tersirat berjuta kata yang mampu memgubah dunia.Terfikir sejenak, memantau seketika, bagaimana ikhlas itu menjadi domba.Jangan di khuatirkan tentang ikhlas. Kerana itu membahagiakan mu.jangan difikirkan dunia akan berubah sekiranya kejujuran itu dari hati. Saat bersama itu makin didamba sedangkan hati dan jiwa telah lama bersatu.Tiada noktah tentang cinta Ilahi.tiada perlabuhan yang menyinggahkan bahtera perpisahan. Hanya lautan terbentang bukti hati yang sabar pada ujian yang mencipta.
Terdengar laungan kata-kata insaf yang mengabdikan diri pada ilahi.terdengar bisikan taubat yang menerangi kalam hati. Sungguh terasa masa itu semakin ligat memutarkan paksi.Bukan jannah yang di dambakan, tidak pula jahannam yang mahu di tempatkan.Selangkah kaki menapak pada kalam, sejuta hijab terbuka membuktikan kebenaran.Selangkah kaki menapak pada nafsu, sejuta hasad yang membayangi qolbu.


Tak pernah ku fahami erti mu pada ku,
 Tak pernah ku mengerti hadir mu untuk ku,
Rasa… yang pernah kau bagi,
 Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari,
betapa kau kekasih hingga hujung hati,
rasa yang setia menanti,
cinta yang tak akan pergi……
resah itu ku ubah dalam kata,
melukiskan kesunyiann,
tanpa engkau aku tak mengerti, tanpa cinta mu aku resah,
tanpa kasih mu aku hampa, tanpa mu aku mati!!

Bukan semua yang di rancang akan ku ketahui hasilnya. Beban ini terasa semakin  ringan. Bibir kembali mengukir senyuman.indah nya dunia yang ku lakarkan dahulu makin berubah menjadi senjakala yang meranum warnanya. Seribu kali ku cuba ku ucapkan ku cinta kamu. Aku sayang kamu.Dan engkau pun tahu.Sudah ku katakana ku bukan milikmu.Matamu tertulis kasih yang ku dambakan.ku tahu kini kamu milik aku.

Al-furqan mubahalah,
syafiEya adawiYah

Monday 23 January 2012

purdah

 kehidupan seharian aku lebih di kelilingi oleh orang memakai hijab. dan adakala ada yang langsung memakai purdah. tertarik juga asalnya, bukan apa kelihatan seolah-olah islam itu begitu indah dalam pakaian-NYA. lalu suatu hari aku menyuarakan niat pada suami ku tentang purdah, hijab yang labuh seperti yang ada di keliling ku sewaktu di kampus. jawab suami ku dalam nada yang sangat kurang disenangi olehnya. APA GUNA BERPURDAH KALAU  HATINYA KOTOR.?? lalu aku terdiam dan terus memerhatikan mereka yang berhijab dan berpurdah.

   satu hari, di kampus, seperti biasa pada hari itu kuliah masih panjang lalu aku solat di surau kampus. ketika aku menunaikan solat. aku mengenakan baju muslimah yang panjangnya hingga  mencecah lutut dan seluar slack ku,stoking dan tudung yang meliputi dada ku. sedang aku menunaikan solat. terdengar bisikan beberapa orang perempuan di belakang ku. SAH KE DIA SOLAT? ANA RASA DIA SUDAH SALAH NIE. SEPATUTNYA DIA PAKAI TELEKUNG. BATAL LAH SOLAT DIA. kata-kata tue buat solat ku sedikit terganggu. usai solat, ku memandang belakang. dan perempuan itu menjeling aku seolah-olah perasaan benci yang amat mendalam. dan siswazah itu adalah seorang wanita yang memakai PURDAH!!!

  dia juga seorang siswazah diploma syariah. aku cuba senyum padanya. tapi ternyata senyuman ku tak terbalas. apa salah ku agaknya. sekian lama. nama ku makin melonjak dalam perbualan siswazah yang berpurdah di kampusku. akhirnya aku di gelar sesat. hanya kerana bersolat tidak menggunakan telekung.
sekarang aku paham apa yang suami ku maksudkan.