Total Pageviews

Thursday 29 March 2012

ku berikan cinta


KU BERIKAN CINTA SEPENUH JIWAKU…..
KU BERJANJI SEUMUR HIDUPKU….
HANYA KAU SAJA DI HATI KU…
INI LAH UNGKAPAN CINTA KU…….
HANYALAH UNTUK DIRI MU….”
“PANGGGGG!!!!!!”
“ Kau tak dengar ke aku panggil kau dari tadi???? Terpekik terlolong aku bercakap, kau boleh buat muka sekupang kau depan aku pulak!!!!  Kau nie tak habis –habis menyusahkan aku la…..kau dah buang tabiat nak mampus sangat ke!!? Ha? Cakaplah!!! Diam kenapa?!!”
“ Maaf bang….Nur tak perasan abang balik, ampunkan Nur…”. Sambil mengesat air mata yang berlinangan akibat tamparan berbisa suaminya, Fazli.
“ Ampun!! Ampun!! Banyak la kau punya ampun kat sini, dah aku nak kau kemas baju aku, aku ada outstation kat KL.”
Nur tersentak tapi takut untuk bertanya lebih pada suaminya itu. Bimbang jika di tanya mungkin lebih sakit diterima badannya nanti. Hati dan naluri wanita mana yang tidak bergelodak saat si suami yang di cintai makin hari makin berubah. Tak tergambar perasaan Nur apabila setelah 3 tahun bersulam kasih dalam berumah tangga bersama Fazli, akhirnya begini yang terjadi.
“ Fazli outstation lagi Nur?” Razlan bertanya pada menantunya.
“ Ye abah, ke Kuala Lumpur, kenapa bah?. Soal Nur pada bapa mertua yang begitu rapat dengannya sehingga kadang kala Nur terlupa akan status bapa mertua pada Razlan.
“Abah pelik Nur, kerja macam Fazli tu banyak pulak outstationnya. Bukan patutnya duduk dalam pejabat saja, macam ada yang tak kena abah tengok. Dua minggu sekali mesti ke Kuala Lumpur tu.” Rungut Razak tentang kemusykilan terhadap anak sulungnya itu.
“ Mungkin ada projek kot bah”. Nur cuba meyembunyikan gelodak di hati kecilnya. Dia tidak mahu ibu dan bapa mertuanya mengetahui akan badai yang menghempas rumah tangganya bersama Fazli.
   Minggu itu, seperti minggu yang kebiasaannya, Fazli akan ke Kuala Lumpur dengan alasan untuk outstation. Tapi Nur hanya mengiyakan kata-kata suaminya itu. Bimbang jika di tanya, lain pula jawapan yang bakal diterima. Minggu itu Nur benar –benar tidak sihat . puas dia menelan panadol, meyangka hanya sakit – sakit biasa sahaja.
“ Ya Allah kak Nur, berdarah ni kak. Taufiq bawa Kak Nur pergi Hospital ye kak?”. Kata taufiq adik kedua Fazli yang kaget melihat kakak iparnya batuk sehingga mengeluarkan darah pada mulut dan hidung.
“ Fiq, akak ok. Mungkin sebab panas ni dik. Akak kan tak tahan panas.” Pujuk Nur menenangkan Taufiq yang kelihatan begitu resah melihat darah merah yang mengalir di hidungnya.
“Panas? Tak logik! Jom kita pergi sekarang! Jangan buat Fiq marah Kak Nur, benda ni tak boleh di buat main.” Tegas Taufiq. Akhirnya Nur terpaksa mengalah dan mengikut adik iparnya pergi ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
 Keputusan ujian radioterapi di selak berkali-kali oleh Taufiq. Terasa dirinya begitu ringan untuk melayang diterbangkan angin kehampaan yang meyelubungi hatinya saat itu. Geram turut bercampur aduk saat abangnya seolah-olah tidak bergegas pulang bila di beritakan tentang isterinya di masukkan ke hospital. “Ya Allah hebatnya ujian-Mu tehadap Kak Nur..!!”. rintih hati Taufiq.
“  Abang dah balik ? abang dah makan? Kalau nak makan Nur panaskan lauk. Nur ada masak rendang ayam kampung tau hari ni. Abang kan suka rendang ayam kampung?”. Tutur Nur yang menyambut kepulangan suami yang yang tiba dari Kuala Lumpur tika lewat malam itu.
“ kau ni, kalau aku cakap bodoh kau tak paham, kalau aku terajang kau memang bersepai kau kat dinding rumah ni tahu tak?!!! Tengah – tengah malam kau tanya pasal makan? Eeeeeiiiii…aku dah tak pandanglah rendang ayam kampung kau tu. Entah - entah kau dah buat nasi kangkang nak bagi aku tunduk kat kau. Dah tepi. Aku nak mandi”. Bentak Fazli bengis.
  Sejak dari malam itu Fazli jarang pulang ke rumah. Apatah lagi menyentuh Nur. Terpendam sebuah duka yang pahit untuk ditelan dan perit untuk diluah dalam lubuk hati Nur. Hanya zikir dan munajat yang mampu memberikan kekuatan dan ketenangan pada Nur pada saat-saat ini.
  Pada suatu petang Fazli meminta agar isteri dan ahli keluarganya berkumpul di rumah ibu bapanya. Dengan alasan ada pekara penting untuk disampaikan.
“ Nur, Mama, Abah dan semua yang ada sekarang ni, Fazli nak cakap sikit. Mama, abah , Fazli nak nikah satu lagi. Harap Abah dan Mama setuju dengan keputusan Fazli.” “ Fazli mahu bernikah dengan Rania, classmate Fazli dulu, Fazli rasa mama dan abah mesti tak lupa lagi pada Rania.” Luah Fazli.
“ Abah tak setuju!! Kamu dah gila ke hah Fazli?! Perkahwinan kamu dengan Nur baru tiga tahun, kamu dah cakap kamu nak bernikah lain. Kamu sedar ke tidak apa yang kamu cakapkan nie Fazli Syakim Bin Razlan!!!? .” soal Razlan yang sudah hilang pertimbangan terhadap tindakan anaknya itu.
“ Nur macam mana Fazli? Jangan buat orang macam ni nak,tak baik.” Tegur Syifa, ibu Fazli.
“ Taufiq tak setuju. Ingat kak Nur ni barang pakai buang ke? Kau dah kenapa bang? Cukuplah. Kesian kak Nur”. Tegas Taufiq.
  Keadaan menjadi agak haru biru bila semua meluahkan pendapat.hampir menjadi pergaduhan antara Fazli dan Taufiq. Dan akhirnya terungkai apabila…..
“ sudah…..sudah semua…..sudah Taufiq…jangan bertekak lagi. Niat abang baik. Mama, Abah…niat Abang Fazli baik. Bernikah atau berpoligami tak salah dalam islam. Lagi pun Abang Fazli mampu.” Jelas Nur dalam nada yang menahan dari gugurnya air mata keperitan sebuah hakikat. “ Abang, Nur sayang abang. Dunia akhirat Nur hanya ada abang. Terus terang Nur juga seperti wanita yang bergelar isteri yang lain. Tapi Nur rela bermadu sekiranya itu adalah ketentuan Ilahi. Nur izinkan abang bernikah lagi. Yea. Bagi surat pengesahan untuk pernikahan abang nanti Nur tanda tangan ye.” Pinta Nur yang kelihatan bersahaja. Seolah-olah tak terhiris walau secebis pun dalam kamar hatinya yang kini makin gelap tanpa cahaya.
“ Mama, abah , Fiq, jangan risau…Fazli tak kan ceraikan Nur. Lagi pun dia kan anak yatim piatu. Kalau Fazli ni kejam dah lama Fazli ceraikan dia. Tak nak berdosa kat anak yatim je. Dah la. Fazli nak ke Kuala Lumpur malam ni. Banyak benda yang Fazli nak uruskan dengan pihak belah sana. Majlis pun akan berlangsung dalam minggu ni. Mama dengan abah kena datang wakil pihak Fazli.” Usai meluahkan rasa, Fazli segera keluar dari rumah.
 Fazli agak gelisah. Sedangkan pada malam ini, dalam beberapa jam lagi niatnya untuk memiliki Rania akan menjadi kenyataan. Rania yang sudah lama di kenali Fazli memiliki susuk tubuh yang cantik.menawan hatinya dari sebelum pernikahannya dengan Nur lagi. Rania lemah lembut dan putih gebu umpama pauh dilayang.
Tapi Nur macam mana agaknya saat ini? Menangis ke? Ah! Tak mungkin. Dia yang benarkan aku menikah lagi. Entah-entah dia sedang bersyukur hebat bila aku bernikah lain. Tapi kenapa dia tak telefon aku? Ucap apa-apa ke?. Fazli hanya bermonolog sahaja dalam hati.
“Mama, Taufiq mana? Tak ikut sekali ke?” soal Fazli menyambut kedatangan ibubapanya yang baru tiba untuk majlis pernikahannya bersama Rania.
“ Tak. Taufiq tak mahu ikut. Jadi Mama dan Abah saja yang datang. Majlis lagi 2 jam kan?.” Soal Syifa pada anaknya itu dengan nada suram.
“ Ye mama.” Jawab Fazli cuba selindung rasa gelisahnya jauh dari lubuk hati. Tiba-tiba telefon nya memberikan isyarat tanda ada pesanan ringkas yang masuk ke telefon mudah alihnya.


ASSALAMMUALAIKUM ABANG. SELAMAT PENGANTIN BARU NUR UCAPKAN PADA ABANG DENGAN RANIA. MOGA ABANG BAHAGIA BERSAMA RANIA. NUR TAK BERNIAT UNTUK GANGGU ABANG SAAT-SAAT BAHAGIA ABANG. CUMA NUR MINTA ABANG HALALKAN MAKAN MINUM NUR. AMPUNKAN NUR JIKA ADA SALAH DAN KHILAF NUR SELAMA INI YE BANG.
Menitis air mata Fazli. Entah kenapa hatinya begitu tersentuh dengan kata-kata isterinya itu. Terdetik dalam hatinya. “ Abang yang patut minta ampun pada Nur. Maafkan abang.” Tapi ungkapan itu hanya tersimpan dalam hatinya.
“ Pengantin lelaki boleh keluar sekarang, majlis dah nak mula. Kadi pun dah sampai.”
Usailah pernikahan antara RANIA dan FAZLI SYAQIM.
Di rumah Nur….
“Assalammualaikum….kak Nur…..oooo kak Nur…. Akak..” laung Taufiq dari luar pagar rumah kakak iparnya. Tapi sayangnya tidak di sahut salam yang di berikan. Taufiq tertanya – tanya kemana kakak iparnya pergi. Kereta kelisa milik kakak iparnya masih berada di garaj. Tanda kakak iparnya ada di rumah. Hati Taufiq mula tak keruan. Mujurlah dia teringat kakak iparnya selalu berpesan tentang kunci rumah pendua yang di letakkan di bawak lapik kaki di luar pintu rumahnya.
  Segera Taufiq membuka pintu rumah kakak iparnya, bergegas mencari. Akhirnya , hanya yang di jumpai. Sekujur tubuh yang dibaluti telekung di hamparan sejadah. Darah merah yang mengalir pada hidung dan mulut Nur, hanya mampu di kesat lembut oleh Taufiq. Menangisi sebuah kehilangan.
“Kak Nur……..Allah…..!!!!!!!
“Nur!!!! Abang datang ni….ampunkan abang.!!!” Gugus Fazli di tanah perkuburan arwah isterinya itu..
“ Ah…  abang,  Kak Nur dah tak de. Sedekah al-fatehah juga ada faedahnya. Ini ada surat. Taufiq jumpa kat tangan arwah masa Taufiq jumpa jenazah arwah kat rumah abang.





Assalammualaikum abang…
Maaf sekiranya warkah ini menganggu abang. Tak terniat di hati Nur untuk menganggu masa abang. Nur ingin sampaikan yang Nur sayangkan abang sepenuh hati Nur. Sehingga Nur lupa bahawa ketentuan Allah itu tak pantas untuk di duga. Nur lupa bahawa cinta Nur tak boleh menghalang hakikat Ilahi.
Sungguh Nur hanya ada abang dalam hidup Nur. Lillahitaala tiada yang lain selain abang. Maafkan Nur. Nur tak berkesempatan untuk beritakan yang Nur menghidap penyakit lukiemia tahap 3. Mungkin Allah menguji Nur.
Abang… Nur rindu abang. Nur rindu abang belai rambut Nur bila tidur. Nur terlalu lama tak melihat senyuman abang. Senyuman yang lama tak kelihatan terukir pada bibir abang. Nur doakan abang bahagia bersama Rania. Mungkin Rania adalah jodoh yang adi buat abang.
Ampunkan Nur bang….halalkan makan minum Nur. Doakan kebaikan Nur di dunia dan di akhirat bang. Nur tak pinta syurga….tapi Nur dambakan kasih dari abang hingga hujung dunia.
Salam cinta Nur Islam….

“ Apa nie? Surat – surat bagai, oooo…..surat mayat tu ke….Fazli Syakim…bini tua kau tu dah mati, tah- tah tengah di pukul mungkar nakir dah….dia kan tak jalankan tugas isteri kat kau. Tolonglah jangan nak buat drama kat sini lah Fazli….ni aku ni bini kau yang betul sekarang…!!! Kau lupakan sajalah perempuan yang dah mati tu. Nak kenang pun bukannya dia hidup balik.”
3 tahun sebelum itu……..
“ Nur, abang janji…abang akan sayang Nur seorang je. Abang nak bina hidup bersama Nur dari dunia, sampailah akhirat..ye sayang. Nanti kita dah nikah..ada anak-anak…mesti happy kan Nur? Nur lah NUR ISLAM ku…Nur Islam abang………………………….”

-          TAMAT  -

Wednesday 21 March 2012

tasbih rindu Syafia Abdullah

sebenarnya.....
hati ini cinta kepada-Mu....
sebenarnya.....
diri ini rindu kepada-Mu...
tapi aku tidak mengerti mengapa CINTA masih TAK HADIR.....
tapi aku tdak mengeryi mengapa RINDU belum BERBUNGA.....


sesungguhnya walauku kutip....
semua PERMATA dari dasar lautan...
sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari 7 LANGIT-Mu....

namun cinta TAK KAN HADIR....
namun rindu TAK AKAN BERBUNGA.....
jika tidak dengan RAHMAT-Mu....

ku cuba menghulurkan sebuah HADIAH kepada-Mu...
tapi tak mungkin kerana ISINYA....
tidak sempurna tiada seri....
ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga...
tapi mungkin kerana AIRNYA....
tidak sesegar TELAGA KAUSAR.......

TUHAN kurniakanlah rinduku...kepada-Mu....
moga ku tahu syukur ku...
adalah MILIK-MU......

aku merindu-mu ya ILAHI>>>>>




































Wednesday 14 March 2012

Iman Bukan Mainan Lisan!!!!!


Iman tidak memadai hanya dengan diucapkan dengan lidah tanpa disertai dengan keyakinan dan pembenaran daripada hati sehingga ia membuahkan amal yang soleh. Yakin itu ada dua, yang pertama, haqqul yakin dan yang kedua ainul yakin.

Firman Allah SWT :
Maksudnya: “ Dan di antara manusia ada yang berkata : “ Kami telah beriman kepada Allah SWT dan kepada hari akhirat,” padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang – orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.”
                                                                                                                         Surah Al – Baqarah: 8 - 9
Sesiapa yang mendakwa beriman dengan lidahnya tetapi iman itu tidak meresap ke dalam hatinya maka dia merupakan munafiq dan sifat nifaq pada munafiq itu merupakan kekufuran yang paling teruk. Oleh itu, Allah SWT telah berfirman berkenaan orang munafiq:

Maksudnya: “ Sesungguhnya orang – orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali daripada ( lapisan – lapisan dalam ) neraka…”
                                                                                                                              Surah An – Nisa’ : 145
Antara ciri – ciri orang munafiq ialah kata – katanya bercanggahan ddengan perbuatannya dan amalannya ketika di hadapan khalayak ramai adalah berbeza dengan amalannya ketika seorang diri serta apa yang dizahirkan adalah berbeza dengan apa yang disembunyikan. Orang munafik mempunyai tabiat yang keji, akhlak yang hina, membenarkan sesuatu dengan lidah tetapi mencanggahinya dengan hati dan perbuatan, di waktu pagi dalam keadaan lain dan di waktu petang dalam keadaan yang lain pula dan dia akan condong mengikut haluan sebagaimana kapal yang menghala mengikut arah angin. Oleh itu, Allah telah mendustakan dakwaan orang munafiq ketika mereka mendakwa beriman di dalam firmanNya:

Maksudnya: “ Apabila orang – orang munafik dating kepadamu ( wahai Muhammad ), mereka berkata: “ Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar – benarnya Rasul Allah.” Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul – Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”                                 Surah Munafiqun : 1

Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya: “ Dan apabila mereka ( orang – orang Yahudi atau munafik itu ) datang kepada kamu, mereka berkata: “ Kami telah beriman.” Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar ( dari sisi kamu ) dengan kekufurannya juga; dan ( hendaklah mereka ingat ), Allah SWT lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.”
                                                                                                                                 Surah Al Maidah: 61
Allah SWT menjelaskan bahawa iman adalah berbeza dengan Islam kerana iman tidak akan terhasil sebagaimana ia tidak meresap masuk ke dalam hati sedangkan Islam akan terhasil dengan hanya mengucapkan dua kalimah syahadah.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: “ Orang – orang ‘Arab’ berkata: “ Kami telah beriman ”. Katakanlah ( wahai Muhammad ) : “ Kamu belum beriman ( janganlah berkata demikian ), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu…”
                                                                                                                                 Surah Al Hujurat: 14
Firman Allah SWT ini menunjukkan bahawa iman lebih khusus daripada Islam sebagaimana yang dikatakan dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini dibuktikan oleh hadis Jibril ketika bertanya kepada Rasulullah SAW tentang Islam, iman dan ihsan. Jibril telah bertanya daripada yang umum kepada yang lebih khusus iaitu daripada Islam sehingga ke ihsan yang merupakan kemuncak pengabdian seseorang hamba kepada Tuhannya. 

Sunday 11 March 2012

secebis pengalamanku...


Pengembaraan IlmuKu….
Aku kenal agama melalui manusia. Aku kenal agama melalui dunia. Aku kenal agama melalui kelalaianku. Aku kenal agama melalui kealpaanku. Aku kenal agama melalui tangisan keasyikkan seronok mengejar dunia. Aku kenal agama. Aku kenal agama. Aku kenal agama.
Aku kenal Islam yang bersifat kejam dan kasar itu atas kerana manusia. Yang membuatkan aku sentiasa merasa susah untuk berubah. Membuatkan aku rasa Islam itu tiada tempat bagi mereka yang mahu berubah. Mereka yang dahulunya keji, mereka yang dahulunya tidak mengerti, mereka yang dahulunya hanyut di lembah hitam, mereka yang dipandang hina dan penuh kejian, golongan itulah yang menjadi mangsa di atas ketaatan mereka yang melampau. Kekerasan mereka yang terlalu kejam. Yang menampakkan Islam itu keras pada umatnya.
Mengapa mereka begitu? Adakah benar Islam itu merupakan agama yang mempraktikkan keganasan? Aku keliru. Melalui bacaanku berdasarkan sirah – sirah yang didokumenkan, aku merasakan yang Islam itu indah, Islam itu lembut, dan Islam itu terlalu halus. Jelik sungguh pandangan Islam kini terhadap mereka yang mahu berubah. Aku pelik. Siapakah yang berada di jalan yang benar kini? Begitu susah untuk aku membezakan antara yang benar dan yang batil. Apakah dunia ini sudah jauh ketinggalan dengan sifat yang dua itu?
Aku pun mengorak langkah, selangkah demi selangkah. Hanya mati yang ku takuti. Hanya gambaran azab nerakanya sahaja yang membuatkan aku gagahkan jua melangkah walaupun langkahanku itu tiada berbayang dan tiada bertujuan. Aku mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apakah ia. Aku melangkah, walaupun langkahanku penuh dengan kesakitan, penuh dengan penderitaan. Penuh dengan kesangsian. Apakah benar ini yang dimaksudkan sebagai Islam? Itulah bisik hatiku setiap kali aku melangkah.
Tiadakah tempat yang mampu aku jadikan sebagai rujukanku? Jawab hatiku, Kalamullah. Terpinga – pinga aku mencari suara itu. Apakah ada orang yang lain sekain dari aku? Fikirku begitu. Diam sebentar, membiarkan kepalaku berpusing memikirkan siapakah yang bercakap tadi. Tubuhku menggigil kesejukan di tusuk angin – angin malam yang halus dan tajam bagaikan kaca yang pecah seribu. Kalamullah ya amin. Kalamullah. Sekali lagi aku tersentak dengan suara itu. Tercari – cari aku di manakah gerangannya suara itu. Pelik. Malam ini sahaja sudah dua kali aku terdengar orang berkata – kata denganku. Tapi, tidak pula ku diperlihatkan siapakah gerangannya.


Diam sebentar aku memikirkan apakah ertinya lafaz itu. Apa itu kalamullah. Apa kaitannya dengan diriku. Apa kaitan dengan kehidupanku. Masalahku. Peribadiku. Adakah semua ini khayalanku?? Seimbas wajah aku terkenang, cahaya ketenangan yang terpancar di sebalik raut wajah wanita yang kukenali sebagai Syafia Adawiyah Bt Abdullah. Mungkinkah dia yang memberitakan padaku tentang kalamullah itu? Adakah benar dia yang membisikkan kepadaku? Adakah dia orangnya? Kembali aku memmikirkan yang semua ini adalh khayalanku semata – mata.
Sampai bilakah akan aku berada dalam lembah nafsu yang terus menerus membakar syahwatku? Cintakan dunia tanpa sempadan. Mengejar kemewahan tanpa erti kepenatan. Wang ringgit menjadi tahap ukuran kejayaan. Sudahlah begitu, semua ilmu agama yang diajarkan kepadaku hanya menjadi satu helaian – helaian yang tidak bermaksud. Tidak berguna. Tidak bererti. Sungguh aku sudah terlampau jauh dengan kebenaran dan semakin dekat dengan keaiban.
Islam, apakah yang engkau tuntut dariku? Dalam erti kata apakah yang engkau tuntun penganutmu? Pemuda seperti aku yang terlampau keliru dengan keadaan dunia. Tiba – tiba, aku teringat kembali akan gambaran neraka yang telah diperlihatkan padaku. Aku sedar, aku tahu, itu bukanlah neraka yang sebenar. Hanyalah gambaran semata – mata!!! Namun begitu, gambaran yang diperlihatkan padaku sudah terlampau mengerikan untukku. Tidak mampu tercapai dek akal manusia memikirkan bagaimana keadaan neraka itu.
Nah, rasakan!!! Aku pula merupakan insan yang diberi kesempatan untuk melihat hanya sedikit dari ruang yang tersedikit apa itu neraka… ya Allah. Apakah yang sebenarnya berlaku padaku ini ya Allah. Berikanlah aku hidayah dan petunjuk untuk melalui semuanya ini. Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang mengerti apa yangku nukilkan dalam kata – kata ini. Terlampau takut sehinggakan aku tidak mampu lagi untuk berdiri. Tidak lagi mampu untuk menggerakkan jari jemariku bagi mengisyaratkan pergerakan jari seiring degan zikrullah yang bermain di hati.
Ya Allah, apakah nasibku kelak? Aku kini mengerti, bahawanya, satu hari nanti, aku PASTI akan melalui semua itu Ya Allah!!! Hanya tangisan yang membasahi sebujur tubuh hambaMu yang kaku ketakutan, yang menggigil mengenang dosa – dosa silam, dan yang keliru dengan apa yang dilalui. Ya Allah, benarlah kata – kata mereka, hanyalah Engkau tempat member perlindungan dan memohon segala sesuatu. Aku gagahkan diriku dengan segala kudrat yang ada untuk bangun dan menghadap di malam ini.
Dengan gagahnya aku bangun dari hamparan mengharapkan kekuatan iman yang akan kupohon dariMu agar dapatku lalui semua ini dengan ketenangan dan perasaan rindu yang teramat sangat padaMu ya Illahi. Terasa keras lagi padu urat belikatku. Amatlah sengsara rasanya untuk menggerakkan tubuh yang dipinjamkan ini. Tidak aku mampu untuk menggerakkan tubuh yang dahulunya liar mengganas di atas duniaMu.
Kemudian, dengan perlahan – lahan aku membisikkan dihati kecilku, dengan nama Mu Ya Robbi!!! Aku memohon, aku merayu, aku merintih, izinkanlah aku untuk mengerakkan tubuh yang dipinjamkan olehMu kepadaku ini Ya Allah…. Izinkanlah aku Ya Allah… aku mengaku Ya Allah, aku berdosa terhadapMu… Aku mengaku Ya Allah, aku terlampau asyik dengan seronoknya dunia… deras mengalir bagaikan limpahan bah yang melanda, itulah keadaab air mataku yang berjurai – jurai keluar tanpa henti.
Berpeluh seluruh tubuhku. Menggigil. Panasnya bahang yang terasa umpama dekatnya matahari sejengkal denganku. Aku masih lagi di pembaringan. Apakah nasibku kelak tidak lagi diketahui. Hanya Allahlah yang menentukan nasibku. Bagaimana pula dengan anda wahai saudara – saudariku? Apakah kalian akan membazirkan masa anda mengenangkan dunia? Apakah kamu semua masih lagi alpa dan lalai dengan dunia? Ingat lah!!! Semua ini hanya sementara sahaja!!! 

Thursday 8 March 2012

puisi si pencinta ilahi...

dalam sendu sebuah bicara yang mencari cahaya dalam kegelapan dunia....
ku temui satu jalan yang hebat likunya....
hendak ku lalui.....
ku bimbang kaki ku tak mampu untuk menlangkah pergi.....
hendak ku paling....
hanya jalan itu sahaja pilihan yang ku ada....
detik hati sufi....
ku lalui....
ku mengerti akan cinta ilahi.....
sungguh ku rindu sujud pada-Mu...
sungguh ku rapuh tanpa tuntunan hidayah-Mu....
masih ku lihat ramai yang kesesatan dalam terang...
ramai yang murtad dalam islam....
ramai yang gagal menunggang nafsu.....
dunia!!!!!
kiamat -Mu semakin ku bimbang....
bergegar seluruh tubuh ku akan azab-Mu....
ampunkan hamba-Mu ya Allah.....
aku merindui cahaya cinta Ilahi MU....

Monday 5 March 2012

manusia dan ustaz azhar idrus....kenapa ye????

assalammualaikum semua pembaca blog cinta ilahi.....
 kat sini syafia bukan mahu membangkitkan rasa panas tentang keadaan sekeliling kita tapi saya agak geram dengan sikap sesetengah orang yang memandang orang lain tu dengan pandangan yang tak sepatutnya dilemparkan.....
 ish......geram saya.....bagi saya memang semua orang boleh memberikan pendapat pada semua yang nak disuarakan tapi orang yang nak memberi pendapat tu kenalah berfikiran luar dari kotak kekolotan diri.
 zaman sekarang anak muda, remaja bukan nyaboleh ditegur dan di nasihatkan dengan lembut dan erti kata sopan...buat mereka lagi kurang hajar adalah....bagi sya pendekatan ustaz azhar idrus adalah yang terbaik.....walaupun ada ayat beliau yang agak kasar yang bodo, benggong.....tapi sebenarnya tak menjadi masalah pun...dalam lawak beliau, beliau menegakkan pelbagai hukum yang samar-samar pada orang islam zaman sekarang.....
 saya bukan apa makin tak bersetuju apabila ada ustaz-uztaz lain cakap yang ustaz azhar idrus tidak boleh menegur ustaz lain sesuka hati.....tapi kena fikir...saling menegur itu adalah satu benda yang bagus dalam masyarakat dan juga dalam islam....lagi pun memberikan pendapat sendiri kita tak boleh klasfikasikan sebagai salah atau betul......kan? kan?
 tepuk dada tanyalah iman kita semua.....nak mengubah orang yang jahiliyah dari zaman jahilliyah tak susah kalau ada pendekatan yang sesuai......ini kalau nak mengubah orang......bercakap macam dalam selimut.....tiba-tiba duk bukak hadis satu-satu...berjela-jela mengeluarkan maksud al-quran.....tapi orang yang mendengar tue suku mata je lagi nak tido...macam mana tu???? lepas tu boleh kata...."saya dah cuba nasihatkan dia" kemudian lepas tangan.....
  aper citer la agaknya.....hmmmm.....bagi saya...ustaz azhar idrus adalah satu-satunya ustaz yang berani membawa kekasaran dalam bentuk komedi untuk menyampaikan syariat dan hakikat dalam islam......seboleh-bolehnya menegaskan yang ISLAM ITU MUDAH.....jadi sama-samalah kita hayati setiap apa yang ingin disampaikan oleh beliau......nampak macam lawak bodoh....tapi jangan sampai dibodohkan dengan tingkah sendiri......heheeheh...JANGAN SAMPAI JADI NAJIS!!!!!! wassalam.....