Total Pageviews

Tuesday 24 January 2012

Kenapa aku beragama islam???

kenapa aku beragama islam? soalan ini yang di tanya oleh seorang rakan sekuliahku yang berbangsa cina-hokkien. dia seorang yang bebas. yang katanya tidak pernah pecaya akan mana-mana tuhan dalam muka bumi ini. aneh nya ketika itu, soalan itu tidak mampu untuk aku menjawab dengan sebenar-benar jawapan. KENAPA AKU BERAGAMA ISLAM. 
  sejenak di buai kalam Allah yang makin menerpa minda, terbuka pula hijab-hijab yang membuktikan kebesaran Allah, dan kini aku berhijrah ke satu sumber zat yang asli yang mana aku bisa kembali kepada rakan ku itu dan menjawab persoalannya... kenapa aku beragama islam.
  degan megah aku memberi jawapan yang mana aku beragama islam kerana aku yakin bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati. aetiap yang kembang itu pasti akan layu, setiap yang banyak itu pasti akan sedikit.....dan setiap permulaan itu pasti ada akhirnya.
  rakan ku tersenyum, lalu bertanya...kenapa Allah yang kau pilih??? jawab ku, kerna hanya Allah tuhan ku, pencipta ku yang membuatkan aku menjaga batas ku, yang memelihara martabatku, yang menempatkan haq pada ku. dan keyakinan ku yang tak kan pernah goyah hanya kerana cetek nya pemikiran dalam kematangan usia.
  soalan terakhir yang paling aku berbesar hati untuk menjawabnya adalah, buktikan Allah kamu pada aku.... jawab ku... kawan lihat lah dunia. lihat lah langit yang terbentang luas.. lihat lah manusia yang bergerak dengan ragamnya. lihat sekeliling mu. mungkin Allah ku sedang berbicara pada mu. bertapa indahnya Agama ku. tiada siapapun atau apa pun yang mampu mencipta satu pun segi di dunia seperti Allah ku. yang tak pernah penat mengasihi ummat-Nya....
  kini, teman ku itu sudah mula mengkaji Al-Quran....mungkin akan memeluk islam...cuba dia agak takut untuk bersunat....hehehhe....harap Allah membarkahi teman ku itu....selamat ya.....ke jalan yang benar. syurga lah tempat mu ya sahabat....


No comments:

Post a Comment