Total Pageviews

Monday 23 January 2012

purdah

 kehidupan seharian aku lebih di kelilingi oleh orang memakai hijab. dan adakala ada yang langsung memakai purdah. tertarik juga asalnya, bukan apa kelihatan seolah-olah islam itu begitu indah dalam pakaian-NYA. lalu suatu hari aku menyuarakan niat pada suami ku tentang purdah, hijab yang labuh seperti yang ada di keliling ku sewaktu di kampus. jawab suami ku dalam nada yang sangat kurang disenangi olehnya. APA GUNA BERPURDAH KALAU  HATINYA KOTOR.?? lalu aku terdiam dan terus memerhatikan mereka yang berhijab dan berpurdah.

   satu hari, di kampus, seperti biasa pada hari itu kuliah masih panjang lalu aku solat di surau kampus. ketika aku menunaikan solat. aku mengenakan baju muslimah yang panjangnya hingga  mencecah lutut dan seluar slack ku,stoking dan tudung yang meliputi dada ku. sedang aku menunaikan solat. terdengar bisikan beberapa orang perempuan di belakang ku. SAH KE DIA SOLAT? ANA RASA DIA SUDAH SALAH NIE. SEPATUTNYA DIA PAKAI TELEKUNG. BATAL LAH SOLAT DIA. kata-kata tue buat solat ku sedikit terganggu. usai solat, ku memandang belakang. dan perempuan itu menjeling aku seolah-olah perasaan benci yang amat mendalam. dan siswazah itu adalah seorang wanita yang memakai PURDAH!!!

  dia juga seorang siswazah diploma syariah. aku cuba senyum padanya. tapi ternyata senyuman ku tak terbalas. apa salah ku agaknya. sekian lama. nama ku makin melonjak dalam perbualan siswazah yang berpurdah di kampusku. akhirnya aku di gelar sesat. hanya kerana bersolat tidak menggunakan telekung.
sekarang aku paham apa yang suami ku maksudkan.












No comments:

Post a Comment