Ya A’limul Ghai’bi Wasshahadah
Benarkah
yang ada pada dunia itu sementara? Dan adakah yang memahami dunia yang
sementara itu adalah manusia?Hakikat.Berbasi gusi tertawa melihat jeliknya pandangan
yang masih berdiri mempertahankan yang zahir dari yang batil.Inilah sandiwara
manusia.Hebat.Gah.Sentiasa berputar melalui bicara.Dunia pula kian tua. Kian di
mamah usia kelewatan hati manusia yang penuh dengan kepura-puraan. Benar kata
yang Maha Esa, mengapa tidak lidah mu yang akan berbicara ketika menghadap-Nya,
mengapa tidak bibir yang mengatur tutur kata. Buktinya di sini, di akhir zaman
ini yang sentiasa memikirkan pusing
bicara untuk menunjukkan diri bagaikan dewa, mengindahkan diri umpama bidadari
dan cairlah nahkoda-nahkoda yang membutakan mata dan tersenyum dan tertawa
melihat indahnya pertemuan hawa dan sandiwara. Lupa agaknya, alpa seketika,
leka terbawa pada indahnya kata-kata. Yang
Jabbar sudah murka, tak kira siapa ummat-Nya.Terhanyut sudah khalifah yang
tercinta.Hanya kerana terfikir sejenak syurga adalah dunia.
Begitu
jua hamba. Entah apa nasib diri di akhirat kelak. Terbaik menggunung di
jiwa.Tapi dosa lalu tak terkambus jua.Adakah insaf ku diterima?Adakah taubah ku
terlaksana sempurna?Masih banyak yang pincang terhadap kalammullah-Mu,
kekurangan yang jelas dan nyata pada hamba.Di angkat pula menjadi abdi-Mu hanya
kerana niat ku.Tidaklah berbicara seolah-olah diri umpama ahli Firdausi. Tapi
jiwa makin meronta hiba, menanti saat akhirnya usia kerana hampanya hati
terhadap sandiwara. Makin pudah dek kata-kata yang seolah-olah menghina.
Inilah dunia,
tiada yang mampu ada dalam kehidupan yang sebenar.Yang di mahukan adalah
kemenangan yang membanggakan diri.Masih mampu untuk tertawa.hebat.tiada nista
yang tersimpan di hati dan hanya sobur yang meniti di bibir serta sanubari.jiwa
yang hampa terubat dengan rohman dan rohim-Nya.tak terkata Lagi Hamba demi yang
Maha Esa.pernah lidah ini terkelu dari berbicara.Malahan dunia di pandang gelap
gelita.Tak seindah yang pernah aku jangkakan.Perintah-Mu ku sanjung jua kerana
aku sehina hamba.
Terkalam
sudah cinta dan air mata.kehancuran dunia makin di pinta.Zuriat yang ada
menambah bahagia.Bukan syurga taruhannya. Sungai nill itu makin indah, adakah kan
ketahui jua akan penghuninya? Akan
terbongkarkah segala rahsia? Hanya Abdi yang menaruhkan Jannah demi insan
tercinta…Ya Robbi, tidak ku pinta segala keburukan dan yaqin ku tiada keburukan
dari-MU,kerana dosa sebagai manusia,kerana kefasikan diri seawal usia, telah ku
jangkau azab-Mu. Telah ku pinta hukuman –Mu.telah ku petik tamar yang beracun
dari bumi-Mu. Seolah Adam dan Hawa
kerana kulbi. Kerana adam, hawa itu berdiri. Kerana hawa, adam itu berlari. Dan
kerana keagungan-MU aku di sini. Merentasi dunia kerana cinta ilahi..syukron Ya
Robbi.
Kelihatan aku seperti lutfi yang makin gusar memikirkan
kemungkinan yang bakal ku tempuhi. Bisakah terjadi satu saat nanti?Kudrat ku
makin lemah.Berjalan hanya pada tapak-tapak kegusaran minda.Ternyata aku lebih pincang
soal hati.Lokek minda di tertawa.Nista tak terkunjung antara nyawa.Semakin jauh
ku berlari dalam kesenduan berbicara semakin ianya menghimpit aku.Drama kian ke
hujung cerita. Sang penglipur lara semakin hiba. Yang utama semakin lelah
mengatur bicara.Puisi indah tak kelihatan jua.
Sebiji
benih kini menjadi serimbun Qaseh. Sesegar bak rimbun-rimbun dedaunan cinta
ilahi, megah berdiri bersama ranting-ranting syifa, di kuatkan dengan tunjang-tunjang kalamuALLAH. Seru
ku….janji ku!!! Biarku gadaikan nyawa
hingga jasad ku rebah menyembah bumi.Jangan di sentuh dengan fahri ku.Jangan di
ungkit tentang fahri mu.kerana jodoh ku adalah jodoh ku.
Di pondok
kecil, yang hening dan bena.Mengambil puisi-puisi indah yang berhuraian dalam
mata majazi.Melihat hati yang sepi melangkah jiwa hakiki.Menyedari kekurangan
diri, lalu terpahat pada senyuman erti pengorbanan.Waktu sedu itu seolah-olah
tidak mahu berakhir. Dan terus berputar
tanpa hati meminta. Jeritan, laungan, kesakitan hanya terbuku dalam
hati.Menanti kehadiran seorang teman yang bakal menghargai setulus hati.Masih
diri ini di caci, dihina, di kotak katikkan oleh manusia.Taraf ku berakhir
sebagai hamba pada manusia yang memalitkan erti kekecewaan yang sungguh
meruntuh hiba.
Cinta?Bicarakan
pada dunia tentang cinta.Dan kelip-kelip angkasa terus menyeru bahawa tiada
teragung antara yang paling Agung.Dari sesuci benih hinggalah serendang
pohon.Tetap di tolak kewujudannya. Walaupun sudah sedia berada di depan mata.
Sedangkan pohon itu mengharapkan limpahan rahmat yang bakal menyegarkan tekak
yang kehausan.Sayang, janji tinggal janji.Pohon kian merapuhkan ranting,
ranting gugur sujud kebumi.Shahadah tidak mampu di ungkapkan kerana belum
sempat terucap, ranting yang rapuh itu telah pun di pijak dan menjadi debuan halus
yang berterbangan tanpa haluan.
Sayang
seribu kali sayang.Tiada beribu sesalan yang terungkap pada bibir.Hanya syukur
melihat dunia kian kejam menafsir.Laungan Allah begitu asing di dengar pada si
delima.Hanya kaca yang di kenang kerana inginkan bahagia.Delima itu cantik tafsiran
hakiki nya.Sayang di buang kerana takbur pada nilainya.Kaca itu di ingat
kembali.Alangkah benar delima itu penyeri diri?Sekiranya hati yang sungguh
sunyi itu diketepi tanpa dibaca isi nya.
Pincang
berbicara soal dunia, pincang juga berbicara soal agama, yang di impikan adalah
sekelumit bahagia yang datang menerpa di hujung cahaya. Ada apa pada bahagia
sekiranya tiada kata untuk membela. Biarkan neraca itu yang menimbang.Biarkan
kata-kata itu bergenag.Biarkan mulut itu terus berbicara.Terdiam, terkaku,
menunduk bukanlah erti yang mana kekalahan milik abadi.Biarkan di rasa
bagaimana mentari membakar tangan kanan nya, biarkan bulan membutakan
pandangannya.Biarkan.Biarkan air mata itu menjadi saksi bahawa diri di lukai.
Telah terpetik tamar yang beracun, telah
tertempah nama di jahannam, telah terbukti kezaliman. Gah.Indahnya panorama mahsyar.Kuasa dunia
lenyap.Hilang bersama hembusan kekhilafan.Duhai permata, adakah kau bernilai
disana? Duhai cahaya, adakah kau sahabat di sana? Duhai kekasih kekal kah cinta
di sana? Dahaga merentasi kilaunya hamparan syurga. Teruskan alpa kerana membela.
Teruskan mencari salah siapa.Teruskan.Kerana adi itu sumber kau mengadu domba.
Terkalam
sudah puisi indah yang menerpa minda.Melainkan insaf yang di cari jua.Alagkah
megah berdiri tanpa sisa bicara.Alangkah mulia berbicara dengan kalamnya. Tapi
lupa agaknya, kerana bibir terbeku,lidah terkelu tanpa dipinta. Hidupku, mati
ku hanyalah ketentuan Ilahi.jahil lah kamu kerana mendoakan kematian yang kau
tidak ketahui pangkal dan hujung nya.
Pangkal
iman adalah ikhlas, dalam ikhlas itu tersirat berjuta kata yang mampu memgubah
dunia.Terfikir sejenak, memantau seketika, bagaimana ikhlas itu menjadi
domba.Jangan di khuatirkan tentang ikhlas. Kerana itu membahagiakan mu.jangan
difikirkan dunia akan berubah sekiranya kejujuran itu dari hati. Saat bersama
itu makin didamba sedangkan hati dan jiwa telah lama bersatu.Tiada noktah
tentang cinta Ilahi.tiada perlabuhan yang menyinggahkan bahtera perpisahan. Hanya
lautan terbentang bukti hati yang sabar pada ujian yang mencipta.
Terdengar
laungan kata-kata insaf yang mengabdikan diri pada ilahi.terdengar bisikan
taubat yang menerangi kalam hati. Sungguh terasa masa itu semakin ligat
memutarkan paksi.Bukan jannah yang di dambakan, tidak pula jahannam yang mahu
di tempatkan.Selangkah kaki menapak pada kalam, sejuta hijab terbuka
membuktikan kebenaran.Selangkah kaki menapak pada nafsu, sejuta hasad yang
membayangi qolbu.
Tak pernah
ku fahami erti mu pada ku,
Tak pernah ku mengerti hadir mu untuk ku,
Rasa… yang
pernah kau bagi,
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku
terjatuh baru ku sedari,
betapa kau
kekasih hingga hujung hati,
rasa yang
setia menanti,
cinta yang
tak akan pergi……
resah itu ku
ubah dalam kata,
melukiskan
kesunyiann,
tanpa engkau
aku tak mengerti, tanpa cinta mu aku resah,
tanpa kasih
mu aku hampa, tanpa mu aku mati!!
Bukan semua
yang di rancang akan ku ketahui hasilnya. Beban ini terasa semakin ringan. Bibir kembali mengukir senyuman.indah
nya dunia yang ku lakarkan dahulu makin berubah menjadi senjakala yang meranum
warnanya. Seribu kali ku cuba ku ucapkan ku cinta kamu. Aku sayang kamu.Dan
engkau pun tahu.Sudah ku katakana ku bukan milikmu.Matamu tertulis kasih yang
ku dambakan.ku tahu kini kamu milik aku.
Al-furqan mubahalah,
Indah puisinya seindah getaran perasaan yang bermain dengan emosi yang tenggelam timbul dalam lautan perlakuan manusia sekitar dan kelibat pengalaman di dalamnya. Berdirilah dengan Hakiki..semoga semuanya kembali tenang tenteram.
ReplyDeleteinsya-ALLAH....apakah mungkin kembali tenang??? mungkin akan tenang saat bumi sudah menghapuskan kelibat manusia...kan???
DeletePermata dan Kaca, kedua-duanya dari sumber yang sama bagai ombak dan buih yang ujudnya dari lautan yang luas terbentang. Cuma nama dan sifatnya yang berbeza......masing-masing menjalankan peranan masing-masing mengikut kehendak lautan yang tak pernah kering.........
ReplyDeleteBila lautan bergelora, ombak menggunung dan buih terumbang ambing dipukul ke sana sini tanpa hentinya tetapi bila lautan kembali tenang, ombak hilang lenyap ke dalam lautan bersama buih yang lenyap tanpa dapat dikesan...
ReplyDeleteKetika itu, ketika lautan kembali tenang, carilah ombak dan buih kerana ketika itu ombak dan buih sudah lenyap dalam lautan dalam yang tidak bertepi bagai mencari kuntum bunga dalam bunga yang sedang kembang........
ReplyDeleteDelima itu hanya nama. Kaca itu juga hanyalah suatu nama. Masing-masing mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri. Asalnya ialah batu..diproses oleh masa sehingga bertukar menjadi Delima dan Kaca. Kematangan usia menjadikan ia Delima (?). Masing-masing berguna kepada pengguna yang berbeza......
ReplyDeletebetul juga...kadang2 manusia yang tak tahu untuk menggunakannya.
Deletebtl tu.
ReplyDeleteApa yang betul tu........dah tengok 'Anything' hebat juga yer..
ReplyDelete