Total Pageviews

Thursday 29 March 2012

ku berikan cinta


KU BERIKAN CINTA SEPENUH JIWAKU…..
KU BERJANJI SEUMUR HIDUPKU….
HANYA KAU SAJA DI HATI KU…
INI LAH UNGKAPAN CINTA KU…….
HANYALAH UNTUK DIRI MU….”
“PANGGGGG!!!!!!”
“ Kau tak dengar ke aku panggil kau dari tadi???? Terpekik terlolong aku bercakap, kau boleh buat muka sekupang kau depan aku pulak!!!!  Kau nie tak habis –habis menyusahkan aku la…..kau dah buang tabiat nak mampus sangat ke!!? Ha? Cakaplah!!! Diam kenapa?!!”
“ Maaf bang….Nur tak perasan abang balik, ampunkan Nur…”. Sambil mengesat air mata yang berlinangan akibat tamparan berbisa suaminya, Fazli.
“ Ampun!! Ampun!! Banyak la kau punya ampun kat sini, dah aku nak kau kemas baju aku, aku ada outstation kat KL.”
Nur tersentak tapi takut untuk bertanya lebih pada suaminya itu. Bimbang jika di tanya mungkin lebih sakit diterima badannya nanti. Hati dan naluri wanita mana yang tidak bergelodak saat si suami yang di cintai makin hari makin berubah. Tak tergambar perasaan Nur apabila setelah 3 tahun bersulam kasih dalam berumah tangga bersama Fazli, akhirnya begini yang terjadi.
“ Fazli outstation lagi Nur?” Razlan bertanya pada menantunya.
“ Ye abah, ke Kuala Lumpur, kenapa bah?. Soal Nur pada bapa mertua yang begitu rapat dengannya sehingga kadang kala Nur terlupa akan status bapa mertua pada Razlan.
“Abah pelik Nur, kerja macam Fazli tu banyak pulak outstationnya. Bukan patutnya duduk dalam pejabat saja, macam ada yang tak kena abah tengok. Dua minggu sekali mesti ke Kuala Lumpur tu.” Rungut Razak tentang kemusykilan terhadap anak sulungnya itu.
“ Mungkin ada projek kot bah”. Nur cuba meyembunyikan gelodak di hati kecilnya. Dia tidak mahu ibu dan bapa mertuanya mengetahui akan badai yang menghempas rumah tangganya bersama Fazli.
   Minggu itu, seperti minggu yang kebiasaannya, Fazli akan ke Kuala Lumpur dengan alasan untuk outstation. Tapi Nur hanya mengiyakan kata-kata suaminya itu. Bimbang jika di tanya, lain pula jawapan yang bakal diterima. Minggu itu Nur benar –benar tidak sihat . puas dia menelan panadol, meyangka hanya sakit – sakit biasa sahaja.
“ Ya Allah kak Nur, berdarah ni kak. Taufiq bawa Kak Nur pergi Hospital ye kak?”. Kata taufiq adik kedua Fazli yang kaget melihat kakak iparnya batuk sehingga mengeluarkan darah pada mulut dan hidung.
“ Fiq, akak ok. Mungkin sebab panas ni dik. Akak kan tak tahan panas.” Pujuk Nur menenangkan Taufiq yang kelihatan begitu resah melihat darah merah yang mengalir di hidungnya.
“Panas? Tak logik! Jom kita pergi sekarang! Jangan buat Fiq marah Kak Nur, benda ni tak boleh di buat main.” Tegas Taufiq. Akhirnya Nur terpaksa mengalah dan mengikut adik iparnya pergi ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
 Keputusan ujian radioterapi di selak berkali-kali oleh Taufiq. Terasa dirinya begitu ringan untuk melayang diterbangkan angin kehampaan yang meyelubungi hatinya saat itu. Geram turut bercampur aduk saat abangnya seolah-olah tidak bergegas pulang bila di beritakan tentang isterinya di masukkan ke hospital. “Ya Allah hebatnya ujian-Mu tehadap Kak Nur..!!”. rintih hati Taufiq.
“  Abang dah balik ? abang dah makan? Kalau nak makan Nur panaskan lauk. Nur ada masak rendang ayam kampung tau hari ni. Abang kan suka rendang ayam kampung?”. Tutur Nur yang menyambut kepulangan suami yang yang tiba dari Kuala Lumpur tika lewat malam itu.
“ kau ni, kalau aku cakap bodoh kau tak paham, kalau aku terajang kau memang bersepai kau kat dinding rumah ni tahu tak?!!! Tengah – tengah malam kau tanya pasal makan? Eeeeeiiiii…aku dah tak pandanglah rendang ayam kampung kau tu. Entah - entah kau dah buat nasi kangkang nak bagi aku tunduk kat kau. Dah tepi. Aku nak mandi”. Bentak Fazli bengis.
  Sejak dari malam itu Fazli jarang pulang ke rumah. Apatah lagi menyentuh Nur. Terpendam sebuah duka yang pahit untuk ditelan dan perit untuk diluah dalam lubuk hati Nur. Hanya zikir dan munajat yang mampu memberikan kekuatan dan ketenangan pada Nur pada saat-saat ini.
  Pada suatu petang Fazli meminta agar isteri dan ahli keluarganya berkumpul di rumah ibu bapanya. Dengan alasan ada pekara penting untuk disampaikan.
“ Nur, Mama, Abah dan semua yang ada sekarang ni, Fazli nak cakap sikit. Mama, abah , Fazli nak nikah satu lagi. Harap Abah dan Mama setuju dengan keputusan Fazli.” “ Fazli mahu bernikah dengan Rania, classmate Fazli dulu, Fazli rasa mama dan abah mesti tak lupa lagi pada Rania.” Luah Fazli.
“ Abah tak setuju!! Kamu dah gila ke hah Fazli?! Perkahwinan kamu dengan Nur baru tiga tahun, kamu dah cakap kamu nak bernikah lain. Kamu sedar ke tidak apa yang kamu cakapkan nie Fazli Syakim Bin Razlan!!!? .” soal Razlan yang sudah hilang pertimbangan terhadap tindakan anaknya itu.
“ Nur macam mana Fazli? Jangan buat orang macam ni nak,tak baik.” Tegur Syifa, ibu Fazli.
“ Taufiq tak setuju. Ingat kak Nur ni barang pakai buang ke? Kau dah kenapa bang? Cukuplah. Kesian kak Nur”. Tegas Taufiq.
  Keadaan menjadi agak haru biru bila semua meluahkan pendapat.hampir menjadi pergaduhan antara Fazli dan Taufiq. Dan akhirnya terungkai apabila…..
“ sudah…..sudah semua…..sudah Taufiq…jangan bertekak lagi. Niat abang baik. Mama, Abah…niat Abang Fazli baik. Bernikah atau berpoligami tak salah dalam islam. Lagi pun Abang Fazli mampu.” Jelas Nur dalam nada yang menahan dari gugurnya air mata keperitan sebuah hakikat. “ Abang, Nur sayang abang. Dunia akhirat Nur hanya ada abang. Terus terang Nur juga seperti wanita yang bergelar isteri yang lain. Tapi Nur rela bermadu sekiranya itu adalah ketentuan Ilahi. Nur izinkan abang bernikah lagi. Yea. Bagi surat pengesahan untuk pernikahan abang nanti Nur tanda tangan ye.” Pinta Nur yang kelihatan bersahaja. Seolah-olah tak terhiris walau secebis pun dalam kamar hatinya yang kini makin gelap tanpa cahaya.
“ Mama, abah , Fiq, jangan risau…Fazli tak kan ceraikan Nur. Lagi pun dia kan anak yatim piatu. Kalau Fazli ni kejam dah lama Fazli ceraikan dia. Tak nak berdosa kat anak yatim je. Dah la. Fazli nak ke Kuala Lumpur malam ni. Banyak benda yang Fazli nak uruskan dengan pihak belah sana. Majlis pun akan berlangsung dalam minggu ni. Mama dengan abah kena datang wakil pihak Fazli.” Usai meluahkan rasa, Fazli segera keluar dari rumah.
 Fazli agak gelisah. Sedangkan pada malam ini, dalam beberapa jam lagi niatnya untuk memiliki Rania akan menjadi kenyataan. Rania yang sudah lama di kenali Fazli memiliki susuk tubuh yang cantik.menawan hatinya dari sebelum pernikahannya dengan Nur lagi. Rania lemah lembut dan putih gebu umpama pauh dilayang.
Tapi Nur macam mana agaknya saat ini? Menangis ke? Ah! Tak mungkin. Dia yang benarkan aku menikah lagi. Entah-entah dia sedang bersyukur hebat bila aku bernikah lain. Tapi kenapa dia tak telefon aku? Ucap apa-apa ke?. Fazli hanya bermonolog sahaja dalam hati.
“Mama, Taufiq mana? Tak ikut sekali ke?” soal Fazli menyambut kedatangan ibubapanya yang baru tiba untuk majlis pernikahannya bersama Rania.
“ Tak. Taufiq tak mahu ikut. Jadi Mama dan Abah saja yang datang. Majlis lagi 2 jam kan?.” Soal Syifa pada anaknya itu dengan nada suram.
“ Ye mama.” Jawab Fazli cuba selindung rasa gelisahnya jauh dari lubuk hati. Tiba-tiba telefon nya memberikan isyarat tanda ada pesanan ringkas yang masuk ke telefon mudah alihnya.


ASSALAMMUALAIKUM ABANG. SELAMAT PENGANTIN BARU NUR UCAPKAN PADA ABANG DENGAN RANIA. MOGA ABANG BAHAGIA BERSAMA RANIA. NUR TAK BERNIAT UNTUK GANGGU ABANG SAAT-SAAT BAHAGIA ABANG. CUMA NUR MINTA ABANG HALALKAN MAKAN MINUM NUR. AMPUNKAN NUR JIKA ADA SALAH DAN KHILAF NUR SELAMA INI YE BANG.
Menitis air mata Fazli. Entah kenapa hatinya begitu tersentuh dengan kata-kata isterinya itu. Terdetik dalam hatinya. “ Abang yang patut minta ampun pada Nur. Maafkan abang.” Tapi ungkapan itu hanya tersimpan dalam hatinya.
“ Pengantin lelaki boleh keluar sekarang, majlis dah nak mula. Kadi pun dah sampai.”
Usailah pernikahan antara RANIA dan FAZLI SYAQIM.
Di rumah Nur….
“Assalammualaikum….kak Nur…..oooo kak Nur…. Akak..” laung Taufiq dari luar pagar rumah kakak iparnya. Tapi sayangnya tidak di sahut salam yang di berikan. Taufiq tertanya – tanya kemana kakak iparnya pergi. Kereta kelisa milik kakak iparnya masih berada di garaj. Tanda kakak iparnya ada di rumah. Hati Taufiq mula tak keruan. Mujurlah dia teringat kakak iparnya selalu berpesan tentang kunci rumah pendua yang di letakkan di bawak lapik kaki di luar pintu rumahnya.
  Segera Taufiq membuka pintu rumah kakak iparnya, bergegas mencari. Akhirnya , hanya yang di jumpai. Sekujur tubuh yang dibaluti telekung di hamparan sejadah. Darah merah yang mengalir pada hidung dan mulut Nur, hanya mampu di kesat lembut oleh Taufiq. Menangisi sebuah kehilangan.
“Kak Nur……..Allah…..!!!!!!!
“Nur!!!! Abang datang ni….ampunkan abang.!!!” Gugus Fazli di tanah perkuburan arwah isterinya itu..
“ Ah…  abang,  Kak Nur dah tak de. Sedekah al-fatehah juga ada faedahnya. Ini ada surat. Taufiq jumpa kat tangan arwah masa Taufiq jumpa jenazah arwah kat rumah abang.





Assalammualaikum abang…
Maaf sekiranya warkah ini menganggu abang. Tak terniat di hati Nur untuk menganggu masa abang. Nur ingin sampaikan yang Nur sayangkan abang sepenuh hati Nur. Sehingga Nur lupa bahawa ketentuan Allah itu tak pantas untuk di duga. Nur lupa bahawa cinta Nur tak boleh menghalang hakikat Ilahi.
Sungguh Nur hanya ada abang dalam hidup Nur. Lillahitaala tiada yang lain selain abang. Maafkan Nur. Nur tak berkesempatan untuk beritakan yang Nur menghidap penyakit lukiemia tahap 3. Mungkin Allah menguji Nur.
Abang… Nur rindu abang. Nur rindu abang belai rambut Nur bila tidur. Nur terlalu lama tak melihat senyuman abang. Senyuman yang lama tak kelihatan terukir pada bibir abang. Nur doakan abang bahagia bersama Rania. Mungkin Rania adalah jodoh yang adi buat abang.
Ampunkan Nur bang….halalkan makan minum Nur. Doakan kebaikan Nur di dunia dan di akhirat bang. Nur tak pinta syurga….tapi Nur dambakan kasih dari abang hingga hujung dunia.
Salam cinta Nur Islam….

“ Apa nie? Surat – surat bagai, oooo…..surat mayat tu ke….Fazli Syakim…bini tua kau tu dah mati, tah- tah tengah di pukul mungkar nakir dah….dia kan tak jalankan tugas isteri kat kau. Tolonglah jangan nak buat drama kat sini lah Fazli….ni aku ni bini kau yang betul sekarang…!!! Kau lupakan sajalah perempuan yang dah mati tu. Nak kenang pun bukannya dia hidup balik.”
3 tahun sebelum itu……..
“ Nur, abang janji…abang akan sayang Nur seorang je. Abang nak bina hidup bersama Nur dari dunia, sampailah akhirat..ye sayang. Nanti kita dah nikah..ada anak-anak…mesti happy kan Nur? Nur lah NUR ISLAM ku…Nur Islam abang………………………….”

-          TAMAT  -

No comments:

Post a Comment